Sunday 31 May 2015

Pesanan Untuk Bin/Binti Hasan dan Ahli-ahli Zuriatnya..

Amanat buat Zuriat ku..

Hari ini 1hb Jun 2015 bersamaan 14 Syaaban 1436 Hijrah,  malam ini di panggil Malam Nisfu Syaaban,

Apa yang menyebabkan malam Nisfu Syaaban ini besar ertinya bagi umat Islam ? Berikut ini diceritakan seperti yang di alami Rasulullah Saw (HR. Abu Hurairah):

Kebesaran hari ini diterangkan oleh Rasulullah saw.
” Malaikat Jibril mendatangiku pada malam Nishfu (15) Syaaban, seraya berkata, ” Hai Muhammad, malam ini pintu-pintu langit dibuka. Bangunlah dan Solatlah, angkat kepalamu dan tadahkan dua tanganmu kelangit .”
Rasulullah saw bertanya,
” Malam apa ini Jibril ?”
Jibril menjawab.
” Malam ini dibukakan 300 pintu rahmat. Tuhan mengampuni kesalahan orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, kecuali tukang sihir, tukang nujum, orang bermusuhan, orang yg terus menerus minum khamar (arak atau minuman keras), terus menerus berzina, memakan riba, durhaka kepada ibu bapa, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturahim. Tuhan tidak mengampuni mereka sampai mereka taubat dan meninggalkan kejahatan mereka itu .”
Rasulullah pun keluar rumah, lantas mengerjakan solat (sendirian) dan menangis dalam sujudnya, seraya berdoa :
” Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari azab dan siksa-Mu serta kemurkaan-Mu Tiada kubatasi pujian-pujian kepada-Mu sebagaimana Engkau memuji diri-Mu Maka bagi-Mu lah segala pujia-pujian itu Hingga Engkau rela .” (HR Abu Hurairah)
Oleh kerana itu , malam tersebut sangatlah baik untuk beribadah dan memohon ampunan (bertaubat) atas segala hal buruk yang kita lakukan, dan semoga Allah swt menerima segala amal ibadah dan mengampuni dosa-dosa dan kesalahan kita.
Diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“ “Sesungguhnya Allah pada malam Nishfu Syaaban mengawasi seluruh makhluk-Nya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan.” (HR Ibnu Majah)
Doa Malam Nisfu Syaaban
Berikut adalah Pendapat yang dikemukakan oleh Habib Habib Munzir Al Musawwa tentang Amalan-amalan yang dilakukan di Malam Nisfu Syaaban:
Doa dimalam nisfu syaaban adalah sunnah, dan memang jelas riwayat dimalam itu adalah ditentukannya takdir-takdir ketentuan kita hingga 15 sya’ban yg akan datang, walaupun pendapat terkuat adalah malam lailatulqadar, demikian dijelaskan pd Tasfir Imam Attabari, tafsir Imam Ibn Katsir, Tafsir Imam Qurtubi dll.
Maka doa di malam itu adalah amal yg mulia, namun mengenai membaca Yaasiin 3x itu adalah saran para ulama, jika hal itu dikatakan bid’ah maka hal itu adalah bid’ah hasanah, sebagaimana banyak bid’ah-bid’ah hasanah yg juga dilakukan oleh para sahabat ra, karena telah diperbolehkan oleh Rasul saw dg hadis beliau saw :
“Barangsiapa membuat kebiasaan baru berupa kebaikan maka baginya pahalanya dan pahala orang yg mengikutinya, dan barangsiapa yg membuat kebiasaan buruk berupa kebaikan maka baginya dosanya dan dosa orang yg mengamalkannya” (Shahih Muslim hadits no.1017).
Mengenai doa dimalam nisfu syaaban adalah sunnah Rasul saw, sebagaimana hadits2 berikut :
Sabda Rasulullah saw :
“Allah mengawasi dan memandang hamba hamba Nya di malam nisfu syaaban, lalu mengampuni dosa dosa mereka semuanya kecuali musyrik dan orang yg pemarah pada sesama muslimin” (Shahih Ibn Hibban hadis no.5755)
berkata Aisyah ra : disuatu malam aku kehilangan Rasul saw, dan ku lihat baginda saw sedang di pekuburan Baqi’, beliau mengangkat kepalanya kearah langit, seraya bersabda : “Sungguh Allah turun ke langit bumi di malam nisfu syaaban dan mengampuni dosa dosa hamba Nya sebanyak lebih dari jumlah bulu anjing dan domba” (Musnad Imam Ahmad hadits no.24825)
berkata Imam Syafii rahimahullah :
“Doa mustajab adalah pada 5 malam, yaitu malam jumat, malam idul Adha, malam Idul Fitri, malam pertama bulan rajab, dan malam nisfu sya’ban” (Sunan Al Kubra Imam Baihaqiy juz 3 hal 319).
Ada juga Ulama mensuratkan bahawa di malam ini catatan segala amal baik /buruk kita bagi tahun semasa akan dibuat penggulungan dan diangkat dan disimpan sehingga hari akhirat seterusnya malaikat akan menggunakan catatan baru mulai malam nisfu ini, dalam ertikata mudah tukar buku catatan baru, wallahhualam.

Maka sempena malam Nisfu Syaaban abah ingin berpesan kepada diri abah dan anak-anak abah dan zuriat seterusnya supaya meninggalkan segala perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah, dirikanlah solat dan peliharalah solat 5 waktu tanpa apa pun alasan yang membenar meninggalkannya. Tunaikan segala rukun Islam yang di syaratkan..tunaikan zakat, puasa dan haji jika mampu. Andainya ilmu yang membataskan, carilah guru, belajarlah.. bacalah Quran dan bersedekahlah setakat yang termampu. Abah akui dahulu, abah bukanlah orang yang baik, banyak membuat dosa. Abah tidak menyalahkan sesiapa pun maupun Allah, takdir telah memisahkan abah dengan pembimbing iaitu Atuk kamu, diketika abah begitu memerlukannya. Sejak berumur 13 tahun hidup tanpa penasihat hidup hanyut bersama kawan-kawan yang ajaran Agamanya begitu nipis, mujurlah semasa bersekolah rendah di Johor dahulu, kelas Ugama yang wajib diikuti telah memberi asas yang walaupun tidak jitu tetapi dapat sedikit sebanyak dibuat panduan.

Hati abah ini telah lama tergerak untuk menyampaikan pesanan ini yang sepatutnya dibuat terlebih awal lagi. Disebabkan masa dan jarak yang memisahkan kita, usaha ini sering terbantut, walaupun kamu tidak kerap berdamping dengan abah, tapi abah tidak pernah memungkiri nafkah dan belanja persekolahn kamu. Abah pun tidak dapat belaian dan didikan semewahnya, kerana Atuk kamu Polis yang bertanggung jawab menjaga keamanan tugas-tugasnya sering memisahkan kami. Tapi abah tidak mensia-siakan amanat dan pengorbanan atuk kamu. Abah teruskan belajar dan mencari ilmu walau telah sampai kepenghujung usia,
Mungkin ini peringatan pertama dan terakhirnya dari abah kerana usia senja dan tanah kubur yang kencang menggamit. Semoga dengan usaha secebis ini dapat membuka pintu hati kamu untuk berusaha kearah menjadi anak yang Soleh dan Solehah