Sunday, 8 July 2012

pentasdunia: BUDAYA MAKAN RAMADHAN

BUDAYA MAKAN RAMADHAN Tinggal beberapa hari sahaja lagi RAMADHAN akan menjelma, bulan yang berkat mengandungi Rahmat yang tak ternilai banyaknya. Lebih gembira lagi tiap amalan yang baik akan dilipat gandakan pahalanya. Bagi golongan beriman kedatangannya amat dinanti-nantikan, tibalah masanya diri diuji, betapa kental imannya melawan hawa nafsu lahiriah maupun rohaniah. Nilailah diri kita dimana letaknya darjah ketakwaan yang dijelmakan melalui amalan puasa, puasa orang awamkah kita atau dah sampai tahap puasa para wali dan para nabi. Diri kita, kita yang tentukannya, kita yang berusaha dan disamping jangan lupa berdoa agar Allah memelihara dan menerima Ibadat kita itu. Perkataan puasa itu sendiri maksudnya amat suci, ya menahan diri dari lapar dan dahaga dan membelenggu hawa nafsu dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Pendek kata semua pancaindera perlu dijaga mata,telinga, tangan, kaki,lidah dan lain-lain, paling sukar ialah menjaga hati supaya tidak berfikir kearah perkara-perkara negatif. Penulis bukanlah seorang Ustaz atau ilmuan agama, hanya sekadar insan biasa cuma disini ingin berkongsi maklumat tentang amalan pemakanan orang kita khususnya di bulan Ramadhan ringkasnya BUDAYA MAKAN RAMADHAN dari perspektif orang Malaysia. Cukup sekadar intro, penulis akan cuba muncul diruang maya ini pada setiap hari Ahad jika masa mengizinkan, InsyaAllah!

1 comment:

  1. Penulis memberhentikan tulisan tentang budaya makan ramadan memandangkan kurangnya respon dari pembaca walaupun telah tersedia post untuk keluaran seterusnya. Nampaknya rehatlah dahulu, kerana dibulan ini orang kita kurang membaca... mengantuklah, apalagi tulisan berbentuk maklumat. Mengikut kajian orang kita lebih tertarik kepada cerita pelik dan misteri, penulis mempunyai beberapa koleksi, IsyaAllah anda akan nikmati dimasa yang akan datang. Jumpa lagi!

    ReplyDelete